Perkembangan positif hubungan Malaysia dengan China, AS
Iklan
Kamarudin Jaffar
KUALA LUMPUR - Momentum hubungan dan kerjasama antara Malaysia dengan China serta Amerika Syarikat (AS) terus memperlihatkan perkembangan positif bukan sahaja dalam bidang ekonomi, malah juga bidang lain seperti pertahanan, pembuatan serta keselamatan siber.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, Malaysia sentiasa mengambil inisiatif mengimbangi hubungan baik dengan China dan AS menerusi platform hubungan dua hala dan juga pelbagai hala.
Iklan
Iklan
"Contohnya dalam hubungan dua hala, Menteri Luar (Datuk Saifuddin Abdullah) telah membuat lawatan rasmi ke China pada 3 dan 4 Disember baru-baru ini, manakala Setiausaha Negara AS pula akan memulakan lawatan beliau ke Malaysia pada hari esok, 15 Disember.
"Bagi platform pelbagai hala, Malaysia akan terus menggunakan pendekatan Kepusatan Asean bagi menjamin kemakmuran dan keselamatan rantau ini," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, di sini pada Selasa.
Iklan
Beliau menjawab soalan Senator Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee mengenai bagaimana Malaysia sebagai negara anggota blok berkecuali mengemudi diplomasi antara kuasa besar global China dan AS.
Kamarudin berkata, Malaysia melalui ASEAN juga telah mengambil bahagian dalam satu mesyuarat bersama yang dikenali sebagai Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri dan Pembangunan G7, dengan AS merupakan anggota G7, pada 12 Disember.
Iklan
Beliau berkata, adalah menjadi prinsip Malaysia untuk sentiasa mengekalkan hubungan dua hala yang baik dengan semua negara.
"Malaysia juga mengamalkan sikap berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana negara kuasa besar dunia termasuklah China dan AS dalam persaingan strategik mereka, selaras dengan prinsip asas Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau Non-Aligned Movement," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>