Patut bangunkan Tubir Selatan berbanding projek HSR
Iklan
DR MAHATHIR
SHAH ALAM - Malaysia sepatutnya menumpukan pembangunan Tubir Selatan Pulau Batu Puteh berbanding memulihkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, pembangunan Tubir Selatan Pulau Batu Puteh itu perlu kerana Malaysia sudah diberikan kedaulatan ke atas Tubir Selatan.
Iklan
Iklan
"Daripada menghidupkan semula HSR yang boleh dilengkapkan dengan projek landasan berkembar (Gemas), kita sebaliknya perlu menumpukan pada pembangunan Tubir Selatan Pulau Batu Puteh.
"Saya mencadangkan agar Tubir Selatan ditebus dan diperluaskan serta sebuah pangkalan marin dibina.
Iklan
"Walaupun kita bercita-cita menjadi jiran yang baik untuk menjadi mesra, kita tidak boleh mengorbankan integriti wilayah kita lebih-lebih lagi kedaulatan kita. Ia mengenai keutamaan,” katanya menerusi catatan di blog Chedet pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau terkejut apabila Perdana Menteri Singapura, Les Hsien Loong mengumumkan Malaysia mencadangkan untuk menghidupkan semula perbincangan mengenai HSR.
Iklan
Sedangkan katanya, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menamatkan perjanjian itu.
"Pampasan RM320 juta yang terlalu tinggi perlu dibayar kepada Singapura. (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob adalah sebahagian daripada kerajaan itu.
"Sekarang beliau menjadi Perdana Menteri, beliau bercadang untuk membangkitkan semula sesuatu yang beliau sudah tamatkan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>