Warga emas maut jatuh flat
Iklan
Seorang wanita berumur 62 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sebuah kenderaan di kawasan tempat letak kereta flat tersebut. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang warga emas maut dipercayai terjatuh dalam kejadian di sebuah flat perumahan di kawasan Cheras pada pagi Isnin.
Ketua Polis Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerusi Pusat Kawalan IPD Cheras Kuala Lumpur telah menerima panggilan melalui Mers 999 berkenaan kejadian terbabit kira-kira jam 7.22 pagi.
Iklan
Iklan
"Kejadian melibatkan seorang wanita berumur 62 tahun yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sebuah kenderaan di kawasan tempat letak kereta flat tersebut.
"Mangsa dipercayai terjatuh dari flat tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang hadir di lokasi kejadian," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami masalah mental dan tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian mangsa.
Iklan
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Asisten Superintendan Mohd Redzuan Md Darus di talian 03-92050301 sambungan 302," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>