Cemas, lagi pelajar mangsa pencemaran kimia

Iklan
Lebih 30 pelajar menunjukkan simptom muntah-muntah dan perlu mendapatkan rawatan.

PASIR GUDANG - Suasana cemas kembali hari ini, apabila beberapa lagi pelajar dari sekolah yang tidak mendapat arahan penutupan menerima nasib sama ekoran pencemaran kimia dari Sungai Kim Kim, di sini.

Tinjauan Sinar Harian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nusa Damai, di sini mendapati lebih 30 pelajar menunjukkan simptom muntah-muntah.

Iklan
Iklan

Malah ada daripada pelajar turut diusung ke dalam ambulans untuk dibawa ke Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih yang dijadikan pusat pemeriksaan kesihatan sementara.

Menurut sumber sekolah itu, kejadian panik itu dipercayai berlaku pada jam 10 pagi apabila beberapa pelajar mengadu sesak nafas dan ada yang mulai pengsan.

Iklan

"Masa itu semua sudah di kelas, tiba-tiba ada pelajar yang mengadu sakit kepala. Sekolah kemudiannya mengarahkan semua pelajar berkumpul sebelum membenarkan pelajar pulang.

"Buat masa ini terdapat sukarelawan yang membantu, dan ambulans masih keluar masuk untuk mengambil pelajar,” katanya ketika ditemui, di sekolah berkenaan, di sini, hari ini.

Iklan

Sementara itu, pelajar, Nur Diana Batrisya Ahmad Sabtu, 14 berkata, keadaan mulai panik apabila salah seorang rakan sekelasnya menangis kerana merasa sakit di bahagian dada.

"Kawan saya seorang tiba-tiba menangis kerana sakit dada, lepas itu yang lain pun ikut jadi macam itu,” katanya.

Difahamkan, beberapa sekolah lain iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nusa Damai, SMK Taman Scientex dan SK Taman Rinting turut menghadapi kejadian yang sama.