'Ketepikan masalah dalaman, jadikan BN kerajaan dominan semula'
Iklan
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) mengetepikan masalah dalaman parti agar boleh menjadi kerajaan dominan di negara ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yakin sekiranya masalah dalaman khususnya isu-isu remeh yang tercetus antara parti komponen dan parti mesra BN dapat diketepikan, BN diyakini mampu memperoleh kemenangan besar pada PRU15 kelak.
Iklan
Iklan
"Kita ketepikan masalah inter-party (antara pihak dalam BN), kita ketepikan perbezaan politik dan kita bawa rakan-rakan lain (parti mesra BN) agar menang PRU15,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad.
Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia inginkan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil dari segi ekonomi dan berdasarkan rekod prestasi selama lebih tujuh dekad mentadbir negara ini, hanya BN dilihat mampu merealisasikan hasrat berkenaan.
Iklan
Sementara itu, Ahmad Zahid memberi jaminan kepada MIC bahawa kerusi tradisi parti itu tidak akan ditandingi oleh mana-mana parti mesra BN pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga meminta MIC supaya tidak bimbang dengan kehadiran parti mesra BN yang baharu pada PRU15, malah beliau akan memastikan parti itu membantu MIC untuk menang bersama.
Iklan
Dalam pada itu, Presiden UMNO itu turut mengingatkan semua parti komponen BN supaya tidak sombong, angkuh dan riak dengan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.
"Kita lihat pada PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Besar, kita menang majoriti besar tetapi PRU14 kita kalah di kawasan itu. Kemenangan yang berlaku tidak semestinya menjadi templat atau acuan,” katanya.
Menurut Ahmad Zahid, jika kemenangan PRN Melaka dijadikan panduan, ia boleh disifatkan bahawa rakyat Malaysia ‘amat merindukan’ BN untuk kembali menerajui semula kerajaan pada PRU15.
Turut hadir pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan MIC itu ialah Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu. - Bernama
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com