3,000 militan Daesh serah diri dalam tempoh 24 jam
Iklan
BAGHOUZ - SYRIA . Kira-kira 3,000 ahli kumpulan militan Daesh menyerah diri dalam tempoh 24 jam terakhir ketika tentera yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) berada di kubu kuat mereka di timur Syria, kata seorang jurucakap.
"Bilangan militan yang menyerah diri kepada kami sejak semalam (Isnin) telah meningkat kepada 3,000 orang,” tulis jurucakap Pasukan Demokratik Syria (SDF) Mustefa Bali di Twitter.