Puting beliung landa AS, dua terkorban

Iklan
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala lima lagi cedera parah selepas puting beliung melanda sebuah rumah penjagaan pada Jumaat di Arkansas, Amerika Syarikat.

HOUSTON - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala lima lagi cedera parah selepas puting beliung melanda sebuah rumah penjagaan pada Jumaat di Arkansas, Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 20 penghuni rumah jagaan itu terperangkap apabila puting beliung tersebut membadai bandar Monette, Arkansas, lapor Xinhua, memetik Hakim Daerah Craighead, Marvin Day.

Iklan
Iklan

Beberapa bangunan lain di bandar itu turut dilaporkan mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa di Monette mengeluarkan amaran kecemasan dan menasihatkan penduduk untuk sentiasa berwaspada.

Iklan
Iklan

Pada malam Jumaat, amaran puting beliung dikeluarkan untuk beberapa daerah di timur laut Arkansas, barat laut Tennessee dan tenggara Missouri. - Bernama