Pihak memanipulasi agama lebih teruk: Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid Hamidi
SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pihak yang berusaha untuk menidakkan kebenaran dengan memanipulasi agama adalah lebih teruk berbanding mereka yang tunduk kepada kebatilan.
Tanpa menjelaskan mengenai pihak yang didakwanya itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu berkata, ada pihak yang menawarkan diri untuk menjadi alat menidakkan kebenaran.
Iklan
Iklan
"Perjuangan untuk menegakkan kebenaran penuh dengan onak dan duri, namun tidak mengapa kerana itulah ujian. Langkah menegakkan kebenaran bertambah ranjau tatkala kebatilan sentiasa merancang untuk menyekat.
"Kebatilan yang licik mengatur serta menyusun agenda dan naratif menggunakan segala tipu muslihatnya. Kerana itu tidak semua sanggup menentang kebatilan, memilih untuk tunduk disebabkan tahu lara dan likunya.
Iklan
"Meski begitu yang tunduk tidaklah lebih teruk berbanding yang menawarkan diri jadi alat menidakkan kebenaran. Apatah lagi sanggup memanipulasi agama mengelirukan antara kebatilan dan kebenaran demi menghalalkan kehendak,” katanya.
Kenyataan Ahmad Zahid itu dipercayai merujuk kepada situasi semasa perhubungan antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) yang dilihat semakin dingin selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu.
Iklan
Ahmad Zahid pada 6 Disember lalu secara tersirat menyatakan UMNO perlu bijak dalam mentafsir muafakat yang jujur berbanding dengan sebuah muafakat yang terselindung dengan tipu daya.
Katanya, ini berikutan ada pihak mencipta pelbagai alasan baharu untuk menjustifikasikan kononnya UMNO tidak mematuhi piagam MN.
Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi laman Facebooknya sebelum ini berkata, UMNO dan Pas tidak akan lengkap serta mencapai tujuan asal perpaduan bangsa dan agama tanpa kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Melayu dan Islam bukan sahaja melibatkan parti UMNO dan Pas tetapi turut meliputi Bersatu yang merupakan parti besar dalam kancah politik negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>