Mesyuarat sayap UMNO medan cambah buah fikiran: Ismail Sabri
Iklan
Perdana Menteri dalam catatan di Facebook rasminya pada Sabtu.
KUALA LUMPUR - Semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian di seluruh negara yang memulakan mesyuarat pada Sabtu diajak untuk menjadikan ia sebagai medan percambahan buah fikiran agar parti terus menjadi tiang rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana UMNO selamanya menjadi wadah rakyat yang memayungi kesejahteraan nusa dan bangsa.
Iklan
Iklan
"Bulatkan tekad demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebook rasminya pada Sabtu.
Ismail Sabri turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua sayap berkenaan.
Iklan
Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian berlangsung selama dua hari bermula Sabtu sebelum disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Disember ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Januari tahun hadapan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>