MyFutureJobs: 414,339 berjaya dapat pekerjaan
Iklan
Awang Hashim - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Seramai 414,339 daripada 1.25 juta pencari pekerja yang mendaftar melalui MyFutureJobs berjaya mendapatkan pekerjaan setakat 12 November lalu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, portal mencari kerja itu dilancarkan pada tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Walaupun baharu diperkenalkan, sesungguhnya pencapaian portal MyFutureJobs sewajarnya perlu dihargai dan pastinya pihak kementerian menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan terus menambah baik dari masa ke masa,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang meminta kementeriannya menyatakan mengapakah Perkeso yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (1971) terlibat di dalam skim insurans kenderaan penjawat awam dan MyFutureKJobs.
Iklan
Mengulas lanjut, Awang berkata, MyFutureJobs merupakan portal pekerjaan nasional yang diperkenalkan untuk membantu majikan dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata, pada 18 Disember 2019, kabinet telah meluluskan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso untuk melaksanakan peranan Perkhidmatan Pekerjaan Awam untuk semua tenaga kerja yang menggantikan JobsMalaysia.
Iklan
"Kerajaan pada 15 Jun 2020, melalui inisiatif Penjana MyFutureJobs mempunyai mandat untuk menjadi satu Portal Padanan Pekerjaan Nasional yang bertindak sebagai platform pasaran buruh aktif.
"Portal ini adalah terbuka kepada awam dan boleh dilayari secara percuma. Tiada sebarang caj dikenakan kepada pencari kerja dan majikan yang berdaftar menggunakan portal MyFutureJobs berbanding penyedia perkhidmatan pekerjaan swasta lain,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>