AHF keluarkan Malaysian Tigress dari saingan Trofi Juara-Juara Asia

Iklan
IMBAS KEMBALI... Pemain Malaysian Tigress sebelum berlepas ke Korea Selatan bagi menggalas cabaran negara di kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia 2021 di Donghae.

PERSEKUTUAN Hoki Asia (AHF) mengumumkan skuad hoki projek khas wanita Malaysian Tigress dikeluarkan daripada kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2021 di Donghae, Korea Selatan.

AHF dalam kenyataan memaklumkan pasukan negara tidak dapat menyertai kejohanan itu susulan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam skuad kebangsaan.

Iklan
Iklan

"AHF dukacita memaklumkan kini telah disahkan bahawa disebabkan komplikasi berkaitan Covid-19, pasukan Malaysia tidak dapat menyertai ACT 2021.

"Pasukan Malaysia akan dikeluarkan daripada kejohanan dan kejohanan kini menjadi pertandingan untuk lima pasukan,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Malaysian Tigress pada mulanya dijadual menentang Jepun pada Rabu, Korea Selatan (9 Disember) dan Thailand (11 Disember) selepas dibatalkan daripada perlawanan pembukaan menentang China pada 5 Disember dan India, semalam.

Pasukan negara dikuarantin sejak 1 Disember selepas Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan sebaik pasukan itu tiba di Donghae pada 29 November.

Iklan

Pencapaian terbaik skuad negara adalah kedudukan pingat gangsa pada edisi 2013 manakala meraih tempat keempat dalam edisi 2018. - Bernama