KUALA LUMPUR - Pemilik sebuah pusat hiburan dikompaun RM25,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam satu serbuan Ops Khas di sini pada Isnin.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, polis turut mengeluarkan sebanyak 28 notis kompaun berjumlah RM140,000 kepada pengunjung pusat hiburan berkenaan.