KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas kekal 33 orang membabitkan enam keluarga setakat jam 9 pagi Selasa.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu masih tidak dibenarkan pulang memandangkan rumah mereka digenangi air.