Amanah akan syor PH kembali kaji MoU bersama kerajaan
Iklan
Khalid Abdul Samad
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengesyorkan agar Pakatan Harapan (PH) kembali mengkaji Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani bersama kerajaan pada September lalu.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, syor itu akan dibuat sekiranya golongan kleptokrat kembali berpengaruh ke atas pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Iklan
Iklan
”Amanah juga ingin menegaskan bahawa kembalinya golongan kleptokrasi atas sebab langkah Sheraton yang telah dilakukan oleh (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali.
”Maka, kemungkinan mereka kembali ke kedudukan berpengaruh dan berkuasa adalah berpunca daripada tindakan khianat politik yang telah mereka lakukan,” dakwanya ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Isnin.
Iklan
Hadir sama, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom.
Mengulas lanjut, Khalid menambah, bagi parti itu, MoU bukanlah satu perkara yang akan terus kekal walau apa sekalipun dilakukan
Iklan
”Sekiranya syarat-syarat persoalan kerajaan yang telus, beramanah dan sebagainya tidak lagi dipertahankan, maka kita boleh mempertimbangkan kembali persoalan MoU,” katanya.
Khalid dalam masa yang sama turut ditanya bila parti itu akan mengesyorkan kepada PH mengenai perkara terbabit.
”Kita tengok perkembangan-perkembangan yang mutakhir ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>