Bot karam, Maritim selamatkan sembilan kru Indonesia
Iklan
KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor berjaya menyelamatkan sebuah bot barter trade kendalian sembilan kru warga Indonesia daripada karam di perairan Tanjung Pungai, Kota Tinggi, Johor pada 11 pagi Ahad.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat mengenai insiden sebuah bot asing yang dimasuki air susulan mengalami cuaca buruk di kawasan berkenaan.