KUALA TERENGGANU - Gelombang pertama banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup jam 12 tengah hari Isnin.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, PPS terakhir iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol ditutup dan kesemua mangsa banjir dari tiga buah kampung dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.