Remaja maut, motosikal langgar belakang lori
Iklan
ALOR GAJAH - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangi melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam satu kejadian di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.
Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, mangsa, Muhammad Dzulhani Nasir, 16, dari Kampung Brohol Panchor, Muar Johor maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.