PLUS cadang tambah parkir kenderaan berat di R&R
Iklan
Ada pemandu lori yang menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya untuk berehat dan tidur. Perbuatan ini dibimbangi boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lebuh raya.
PETALING JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bercadang menambah lebih banyak petak meletak kenderaan berat di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk mengelakkan pemandu kenderaan berat menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya untuk berehat dan tidur.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 26 petak meletak kenderaan berat akan disediakan di R&R Bukit Gantang Arah Selatan berbanding hanya lapan pada ketika ini.
Iklan
Iklan
"Lebih banyak petak meletak kenderaan berat akan turut disediakan di R&R lain seperti Machap Arah Selatan dan Seremban Arah Selatan dalam projek menaiktaraf R&R secara komprehensif yang bermula tahun ini," katanya.
Dalam pada itu, PLUS juga turut berkolaborasi dengan agensi-agensi berkaitan seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengurangkan jumlah kejadian pemandu kenderaan berat berhenti di lorong kecemasan untuk berehat dan tidur sejak beberapa tahun lalu.
Iklan
"Hasilnya, jumlah kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan berat berhenti di lorong kecemasan dapat dikurangkan daripada 112 pada tahun 2017 kepada 97 pada tahun 2018.
"Langkah ini turut menyaksikan hanya 3 kemalangan berlaku sehingga Februari tahun ini berpunca daripada kehadiran kenderaan berat di lorong kecemasan," ujarnya.
Iklan
Selain itu, PLUS turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk mengkaji tentang tahap keletihan pemandu di lebuhraya kendalian PLUS.
"Menerusi sesi dialog bersama syarikat-syarikat pengangkutan dan logistik serta pemandu-pemandu lori, PLUS berharap untuk mengenalpasti dan melaksanakan langkah-langkah sewajarnya secara kolektif untuk menangani isu ini secara menyeluruh bagi menjamin perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua pengguna lebuhraya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>