Jualan #Keluarga Malaysia di semua kawasan Parlimen Sabtu ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menganjurkan program Jualan #Keluarga Malaysia di semua 222 kawasan Parlimen secara serentak bermula Sabtu ini sebagai antara usaha meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barang ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada peringkat permulaan, program itu yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga murah antara 20 dan 50 peratus disasar diadakan dua kali setiap bulan memfokuskan kepada kawasan ramai penduduk daripada golongan B40 dan M40.