Laluan Tapah-Ringlet dibuka semula mulai petang ini

Iklan
Notis pemberitahuan yang dikongsi JKR di laman sosial Facebook pada Khamis.

TAPAH - Jalan Tapah-Ringlet laluan ke Cameron Highlands yang ditutup akibat tanah runtuh sebelum ini telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu notis pemberitahuan berkata, laluan Persekutuan FT059 itu dibuka kepada semua lalu lintas bermula jam 5 petang Khamis.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pengguna masih diingatkan untuk mengekalkan tahap keselamatan dan berhati-hati ketika melalui kawasan itu terutama ketika musim hujan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, anggota polis akan ditempatkan di laluan itu bagi memantau kelancaran trafik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Jalan Tapah-Cameron Highlands ditutup sementara

Iklan

Katanya, langkah itu bagi tujuan keselamatan memandangkan berlaku jangkaan pertambahan kenderaan selepas laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup disebabkan berlakunya runtuhan tanah.

"Saya telah mengarahkan anggota trafik, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) untuk buat pemantauan terutama di Plaza Tol Tapah dan laluan menuju ke Cameron Highlands," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Iklan

Pada 23 November lalu, laluan berkenaan terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan susulan berlakunya runtuhan tanah di laluan Batu 25 dan Batu 26 hingga menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.