Barang naik 'menggila', Anwar bawa ke Dewan Rakyat
Iklan
Anwar (depan, kanan) menerima memorandum daripada Otai Reformis, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Jingga 13 dan Gerak 98 di pintu pagar Parlimen pada Khamis.
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ ke Dewan Rakyat.
Isu kenaikan harga barangan dan makanan terutama ayam, sayur-sayuran dan telur terus menjadi perhatian rakyat ekoran kenaikan mendadak sejak kebelakangan ini.
Iklan
Iklan
Terbaru, Anwar menerima memorandum daripada Otai Reformis, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Jingga 13, dan Gerak 98 di pintu pagar Parlimen pada Khamis.
"Memorandum ini menyatakan bantahan keras kepada kenaikan harga barang yang menggila saat ini. Sudahlah gaji masih di tahap yang parah, rakyat kini ditambah pula beban dengan kenaikan harga barang yang seolah-olah tidak dikawal.
Iklan
"Ini tidak boleh diterima sama sekali dan insya-ALLAH saya akan bangkitkannya di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis.
Isu kenaikan harga barang turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kemudiannya melawat My Farm Outlet Kasih di Presint 9, Putrajaya pada Rabu.
Iklan
Dalam lawatan itu, beliau mengarahkan bekalan ayam import dan ikan sejuk beku yang disimpan sebagai stok di bawah program Q'Fish dilambakkan dalam pasaran sebagai langkah segera menstabilkan harga.
Bagi tujuan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengimport 200 hingga 300 kontena ayam sejuk beku seawal minggu depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>