Kemenangan KL City cukup bermakna
Iklan
Pemain KL City bersama Presiden KL City, Tan Sri Annuar Musa serta pihak pengurusan dan kejurulatihan bagi meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan JDT pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa. - Foto Bernama
PENGENDALI Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak menyifatkan kejayaan skuad kendaliannya itu muncul juara Piala Malaysia setelah menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa, sebagai satu kemenangan yang cukup bermakna.
Malah menurut Hodak, kemenangan kali ini nyata berbeza ketika di membimbing Kelantan (kini Kelantan FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT), sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Saya rasakan kemenangan kali cukup berbeza berbanding ketika saya mengemudi Kelantan dan juga JDT sebelum ini.
"Ini kerana, kedua-dua pasukan ini (Kelantan dan JDT), dibarisi pemain terbaik di mana rata-ratanya adalah merupakan pemain kebangsaan tetapi ia agak berbeza dengan KL City yang hanya memiliki hanya seorang dua pemain kebangsaan.
Iklan
"Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan adalah KL City, adalah pasukan yang sentiasa bekerja keras dan biarpun bermula agak perlahan dalam saingan Liga Super tetapi kami bangkit perlahan-lahan hingga ke hari ini,” katanya pada Selasa.
KL City FC melakar sejarah dengan menewaskan juara bertahan JDT 2-0 pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.
Iklan
Dua gol jaringan pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan Paulo Josue (74') ternyata sudah memadai bagi merekodkan kejayaan keempat skuad The City Boys itu menjulang Piala Malaysia setelah melakukannya pada edisi 1987, 1988 dan 1989.
Lebih manis, Zhafri turut dipilih selaku Pemain Terbaik Perlawanan Akhir pada aksi final berkenaan.
Sementara itu, Zhafri yang telah enam tahun beraksi dengan KL City mengakui kejayaan muncul juara Piala Malaysia sebagai pencapaian paling tinggi buatnya setakat ini.
Malah Zhafri juga mengakui agak terkejut dengan pencapaian skuad The City Boys itu yang tidak tewas dalam 21 perlawanan sebelum ini, sehinggalah ke aksi final pada Selasa.
"Setelah main enam tahun, ini pencapaian paling tinggi saya dapat, terima kasih kepada coach, sebab dia yang telah mengenal pasti posisi yang saya gemari.
"Kami juga ke final, bukan sebagai pasukan pilihan, tetapi dalam masa sama kita masih boleh menewaskan JDT dan itu yang membuatkan saya sangat gembira dan terima kasih juga kepada pihak media yang mengundi saya untuk anugerah pemain terbaik kali ini.
"Selain itu bagi saya, kekuatan KL City FC adalah daripada segi pengurusan di mana kami sema seperti keluarga, junior, senior semuanya satu kepala dan selain itu kita juga bukan hanya dengar arahan coach, tetapi juga daripada pemain-pemain senior, terutamanya bagaimana nak beraksi ketika berdepan pasukan lawan seterusnya,” katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.