Tiga lelaki diupah RM500 untuk ugut dan simbah cat merah
Iklan
Telefon bimbit yang dirampas daripada suspek.
PETALING JAYA - Seramai tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes ah long mengugut dan menyimbah cat merah di sebuah rumah di Taman Medan Baru di sini pada 20 November lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek berusia 21 tahun itu ditahan di kawasan parkir sebuah kediaman di Cheras pada 23 November lalu.
Iklan
Iklan
"Kita merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenama.Siasatan awal mendapati mereka mengaku terlibat dalam kes tersebut," katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Mohamad Fakhrudin berkata, suspek turut mendedahkan mereka mendapat pekerjaan tersebut melalui iklan di laman sosial Facebook.
Iklan
"Setelah berhubung dengan seorang lelaki warganegara melalui aplikasi
media sosial, suspek telah diarahkan menyimbah cat ke alamat yang diberikan.
Iklan
"Mereka telah dibayar sebanyak RM500 selepas menghantar rakaman video mereka menyimbah cat tersebut kepada lelaki berkenaan," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis oleh seorang lelaki berusia 35 tahun mengenai kejadian rumah sewanya telah disimbah cat merah.
"Selain itu, terdapat satu nota yang ditinggalkan berbaur ugutan supaya
membayar hutang jika tidak mahu rumahnya akan dibakar.
"Nota tersebut turut mengandungi nama dan nombor kad pengenalan seorang lelaki berusia 28 tahun," katanya.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama tiga hari dan telah dilepaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan penyiasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>