BRICK beri kemudahan kepada pelanggan
Iklan
Syed Abdul Aziz
BANK Rakyat meneruskan inisiatif transformasi digitalnya dengan melancarkan platform perbankan maya, ‘Bank Rakyat Quick’ atau BRICK sebagai saluran alternatif kepada pelanggan untuk mengakses produk perbankan runcitnya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, hanya dengan mengimbas QR Code menerusi telefon pintar mereka, pelanggan boleh mendapatkan maklumat berkaitan produk bank dengan cepat dan mudah serta boleh membuat permohonan pembiayaan secara dalam talian (online).
Iklan
Iklan
"Perkhidmatan itu disasarkan kepada pelanggan yang berhasrat melanggan produk pembiayaannya, termasuk pembiayaan Peribadi-i, pembiayaan Perumahan-i, pembiayaan Kenderaan-i, perkhidmatan takaful atau memohon menjadi ahli Kelab Nuri.
"Bank Rakyat mengambil langkah proaktif melalui pelancaran platform digital ini bagi membolehkan pelanggan mengakses maklumat dalam masa yang singkat, walaupun sibuk dengan urusan harian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Syed Abdul Aziz berkata, dengan hanya mengimbas kod BRICK, pelanggan boleh terus membuat permohonan pembiayaan yang bersesuaian serta mendapatkan maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan yang disediakan.
"Berkonsepkan mesra pengguna, BRICK merupakan medium digital terkini bagi mendekati pelanggan di seluruh negara tanpa sempadan secara komprehensif, mudah dan cepat,” katanya.
Iklan
Pada Mac lalu, Bank Rakyat melancarkan perkhidmatan perbankan digital yang dikenali sebagai Quick Response to Entrepreneur (QR2E) bagi memudahkan golongan usahawan mendapatkan khidmat nasihat dari aspek kewangan pengurusan perniagaan dan permohonan pembiayaan.
"Pelancaran BRICK ini melengkapkan kemudahan platform digital milik Bank Rakyat dalam usaha membantu mencapai matlamat negara keusahawanan sepenuhnya menjelang tahun 2030 selaras dengan aspirasi membentuk ‘Keluarga Malaysia’ dan ‘Bangsa Usahawan’ yang makmur," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>