Botswana catat 19 kes varian Omicron

Iklan
Gambar fail menunjukkan seorang pekerja kesihatan menerima suntikan Covid-19 di Francistown, Botswana. - Foto AFP

GABORONE - Sebanyak 19 jangkitan varian baharu Covid-19, Omicron dikesan di Botswana, Afrika pada Ahad lalu termasuk empat kes yang telah diisytiharkan sebelum ini.

Menteri Kesihatan negara itu, Edwin Dikoloti mengesahkan angka itu pada satu sidang akhbar yang diadakan di Gaborone.

Iklan
Iklan

Pada Jumaat lalu, empat warga asing yang memasuki Bostwana pada 7 November lalu untuk melakukan tugas-tugas diplomatik telah dijangkiti dengan varian Omicron.

Kebanyakan kes di Botswana itu adalah dibawa dari luar negara, kata Menteri Kesihatan tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, negara tersebut enggan mendedahkan nama negara empat diplomat yang dijangkiti varian itu.

Botswana yang mempunyai penduduk kira-kira 2.4 juta orang dilaporkan mempunyai kira-kira 194,900 kes Covid-19 dan 2,416 kematian akibat pandemik itu.

Iklan

Lebih 20 peratus daripada penduduk Botswana telah mendapat vaksin penuh Covid-19. - Agensi