Peruntukan sama rata kepada ahli Parlimen Pejuang, Warisan, Muda
Iklan
Hasanuddin (berdiri tiga kiri) bersama kumpulan Ahli Parlimen PH dalam sesi libat urus bersama Tengku Zafrul
SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberi peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen termasuk yang tidak menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU).
Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ini memandangkan wakil rakyat dalam keadaan tertentu dapat mengesan lebih cepat penderitaan yang dialami di akar umbi akibat pandemik Covid-19 yang melanda.
Iklan
Iklan
"Tujuannya jelas iaitu bagi menjamin khidmat berkesan dan manfaat akhir dapat dinikmati oleh rakyat.
"Semoga teman-teman ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dapat memberi khidmat terbaik mereka di kawasan masing-masing,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Hasanuddin yang juga merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) adalah antara ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) yang terlibat dalam sesi libat urus bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen.
Pembaharuan Parlimen Perkara 3.5 MoU antara PH yang dimeterai antara kerajaan Persekutuan dengan PH pada 13 September lalu menetapkan peruntukan sama rata kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman itu.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>