KUALA LUMPUR - Persoalan mengenai jumlah banduan yang keluar penjara selepas tamat hukuman dari 2011 hingga 2021 dijangka ditanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) kepada Menteri Dalam Negeri yang ingin tahu usaha kerajaan dalam memastikan bekas banduan itu diterima oleh keluarga dan masyarakat serta mempunyai keupayaan untuk menyara hidup tanpa diskriminasi.