Jadual baharu SPM 2021 dalam masa terdekat: KPM
Iklan
Foto hiasan
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 dalam masa terdekat.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua pandangan mereka yang terbabit termasuk ibu bapa dan calon peperiksaan.
Iklan
Iklan
"Perbincangan dilakukan bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia dan pengurusan tertinggi KPM untuk menganalisa semua pendapat serta mengambil tindakan yang sewajarnya.
"InsyaALLAH kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan dengan peperiksaan SPM 2021 dalam masa yang terdekat.
Iklan
"Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa dan anak-anak calon SPM 2021 yang telah memberikan pandangan mereka berkaitan jadual peperiksaan SPM 2021,” katanya dalam kenyataannya menerusi satu video ringkas yang dikongsi di Facebooknya pada Isnin.
Jadual peperiksaan SPM yang diumumkan oleh Kementerian KPM pada Khamis lalu telah menyebankan pelbagai reaksi daripada calon peperiksaan dan ibu bapa.
Iklan
Tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac sehingga 20 Mac 2022 itu terdapat hari yang jatuh pada Jumaat dan Ahad.
Tarikh jadual peperiksaan yang diumumkan itu turut dijalankan pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari sehingga 20 Mac 2022.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>