Lelaki mati dalam tandas restoran

Iklan
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam tandas di sebuah restoran di Taman Kasturi, Balakong. Gambar kecil: Mohd Zaid

KAJANG - Seorang lelaki ditemui mati di dalam tandas sebuah restoran di Taman Kasturi, Balakong di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara siasatan dijalankan.

Iklan
Iklan

"Pada jam lebih kurang 8.27 malam, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan yang melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun, tidak sedarkan diri.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sehubungan itu, beliau memohon saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan.

"Sesiapa mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Sarjan Emran di talian 013-7638512," katanya.

Iklan