Peluncur ais negara, Sree rangkul Trofi Tallin 2021
Iklan
C Sree Abiraame mempamerkan persembahan memukau dan berjaya merangkul Trofi Tallin 2021 yang diadakan di Estonia pada Ahad. - Foto Bernama
PELUNCUR ais muda negara, C Sree Abiraame mempamerkan persembahan memukau dan berjaya merangkul Trofi Tallin 2021 yang diadakan di Estonia pada Ahad.
Peluncur berusia sembilan tahun itu berjaya meraih 23.49 mata untuk muncul juara dan mengetepikan tujuh peserta lain dalam acara luncur bebas kategori Cubs B perempuan.
Iklan
Iklan
Peluncur tuan rumah, Emilia Dratshenko menduduki tempat kedua dengan 23.33 mata, manakala rakan senegaranya, Tatiana Izymnikova meraih tempat ketiga apabila mengumpul 21.77 mata.
"Terima kasih atas semua sokongan. Terus doakan saya dan saya boleh melakukannya,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Iklan
Bulan lepas, Sree menduduki tempat kedua dalam kategori sama pada Piala Narva 2021 juga di Estonia.
Sree yang telah memenangi lebih daripada 50 pingat emas dalam pelbagai peringkat pertandingan, telah mengukir namanya dalam Asia Book of Record (ABOR) sebagai Pemenang Pingat Termuda dalam Luncur Ais Antarabangsa pada 2019 dan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Peluncur Termuda memenangi Kejohanan Luncur Ais ‘Skates Asia’ (Wanita) pada tahun 2017. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>