10 rumah di Tawau hangus

Iklan
Pasukan bomba memadamkan kebakaran membabitkan 10 rumah di Kampung Jati, Jalan Apas Batu 5, Tawau.

TAWAU - Sebanyak 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Jati, Jalan Apas Batu 5, di sini, awal pagi Isnin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, tiada sebarang mangsa dilaporkan cedera.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.21 pagi.

Katanya, seramai 16 anggota bersama jentera dikejar ke lokasi yang terletak 10 kilometer dari balai bomba.

Antara rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Jati, Jalan Apas Batu 5, Tawau.

Iklan

"Kebakaran melibatkan 10 rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal terbakar 100 peratus dan didapati jarak rumah begitu rapat.

"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka iaitu dari sungai berdekatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Katanya lagi, api berjaya dikawal pada jam 6.50 pagi dan hasil pemeriksaan tiada mangsa kebarakan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Operasi memadamkan sepenuhnya kebakaran masih dilakukan dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.