Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri jam 1 pagi

Iklan
Sulaiman mengangkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama awal pagi tadi. - Foto Facebook Wee Ka Siong

MELAKA - Tidak sampai dua jam Barisan Nasional (BN) diumumkan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali disahkan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, awal pagi ini.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

Iklan
Iklan

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran Facebook beliau turut memuat naik gambar istiadat berkenaan.

"Saya dijemput untuk menyaksikan Istiadat mengangkat sumpah Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.

Iklan

"Perdana Menteri,Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi BN dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN turut hadir.

"Istiadat berlangsung pada awal pagi jam 1am, 21 November 2021," tulisnya.

Iklan

BN diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi berbanding 28 kerusi yang dipertandingkan.

Sulaiman, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi PRN Melaka dan ini merupakan kali kedua beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik pada tahun lepas.