Tiga bekas ADUN ‘lompat’ gagal dapat mandat

Iklan
Norhizam.- Foto fail Bernama

MELAKA - Ketiga-tiga calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini menarik sokongan terhadap ketua menteri sehingga tercetusnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka gagal mendapatkan kembali mandat rakyat.

Kesemua mereka masing-masing bekas Ketua Menteri Melaka, (bekas ADUN Sungai Udang) Datuk Seri Idris Haron, yang bertanding di DUN Asahan; Datuk Nor Azman Hassan (PH-Pantai Kundor), dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) juga disahkan tewas ditangan calon BN.

Iklan
Iklan

Idris tewas kepada Fairul Nizam, Nor Azman pula ditewaskan Tuminah Kadi, manakala Norhizam yang terkenal dengan gelaran ‘YB viral’ juga dikalahkan oleh Datuk Kalsom Noordin.

Idris Haron

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober susulan tindakan Idris, Nor Azman, Norhizam dan Datuk Noor Effandi Ahmad (bekas ADUN Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Iklan

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan PRN Melaka pada 20 November.

Idris dan Nor Azman kemudiannya diumumkan bertanding atas tiket PH, manakala Norhizam mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Pengkalan Batu atas tiket bebas.

Iklan