Khairuddin harap keputusan PRN Melaka tidak jejas kerajaan pusat

Iklan
Khairuddin ketika bercakap kepada pengamal media pada Sabtu.

MELAKA - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan agar keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan pusat.

Mengulas mengenai kegagalan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan, beliau berkata, ia adalah adat dalam pilihan raya.

Iklan
Iklan

"Biasalah pilihan raya, ada menang kalah. Kita harap apa pun terjadi, kerajaan di peringkat pusat akan kekal,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Turut kelihatan keluar dari bilik gerakan utama PN, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Iklan

Namun begitu, kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Iklan

Menurut SPR, mandat kerajaan negeri Melaka menjadi milik tunggal BN setelah disahkan memperoleh majoriti mudah dalam PRN.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my