'Saya kembalikan mandat ini kepada rakyat' - Zahid

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau mengembalikan mandat kepada rakyat melalui pilihan raya sebagai penyelesaian kemelut politik di Melaka.

Dalam hantaran ringkas di Facebooknya, bekas timbalan perdana menteri itu juga memetik cogan kata manifesto BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 'Kestabilan Demi Kemakmuran'.

"Saya kembalikan mandat ini kepada rakyat. Kestabilan Demi Kemakmuran," katanya di sini, pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut berkongsi sebuah video bertajuk Kestabilan demi Kemakmuran berdurasi lima minit 46 saat dalam hantaran itu.

Video itu menampilkan pengundi Melaka yang berkongsi pengalaman berada di bawah pentadbiran BN dan mereka mahukan kerajaan BN kekal di negeri itu. -Awani

Iklan

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Iklan