Hampir separuh keluar mengundi setakat jam 1 petang

Iklan
Pengundi muda Nadirah Sulaiman, 32, (kiri) bersama adik-adiknya Masturah, 28, (tengah) dan Norafifah, 25, selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, hari ini.-Foto Bernama

MELAKA - Hampir separuh iaitu sebanyak 43 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat jam 1 petang Sabtu.

Perkara tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Iklan
Iklan

"Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 1 petang ialah sebanyak 43 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Setiausaha SPR, Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 orang mengundi pada PRN Melaka.

Iklan

Menurut beliau, sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 saluran dibuka untuk tujuan pengundian dengan seramai 12,290 orang petugas bagi proses pengundian.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Iklan