Aaron- Wooi Yik mara ke suku akhir Masters Indonesia

Iklan
Aaron-Woi Yik mara ke suku akhir kejohanan Masters Indonesia 2021. - Foto BAM

GANDINGAN beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir kejohanan badminton Masters Indonesia 2021 selepas mengenepikan cabaran pasangan tuan rumah Panjer Ali Siloka Dadiara-Bryan Sidney Elohim pada aksi pusingan kedua hari ini.

Pasangan kelima kejohanan itu tidak mengambil masa yang lama untuk meraih kemenangan straight set 21-12, 21-8 pada perlawanan yang berlangsung selama 21 minit.

Iklan
Iklan

Menanti pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 di suku akhir adalah pemenang satu lagi perlawanan pusingan kedua, antara pasangan pilihan ketiga Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan yang akan menentang pasangan senegara Lu Ching Yao-Yang Po Han.

Mengikut langkah Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir ialah beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang berjaya menumbangkan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Reza Pahlevi Isfahani, 13-21, 21-14, 21-17.

Iklan

Yew Sin-Ee Yi akan bertemu rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang berjaya menewaskan satu lagi wakil Indonesia, Shohibul Fikri-Bagas Maulana dengan kemenangan straight set 21-18, 22-20.

Terdahulu pasangan wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tyang merupakan pasangan kelapan kejohanan mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menundukkan pasangan tuan rumah Fitriani-Yulia Yosephine Susanto dengan kemenangan straight set 21-8, 21-14 dan bakal bertemu pilihan keempat daripada Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida

Iklan

Dalam perkembangan lain, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See lolos ke suku akhir Masters Indonesia selepas mengenepikan cabaran pasangan Jerman, Jones Ralfy Jensen-Linda Efler dengan kemenangan straight set 21-14,21-19 pada perlawanan yang berlangsung selama 40 minit.

Tugas berat menanti pasangan negara itu, apabila dijadual bertembung pilihan utama kejohanan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang berjaya menewaskan satu lagi pasangan negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 21-17, 16-21, 21-17 bagi merebut tempat ke separuh akhir.