BN yakin menang PRN Melaka dengan cemerlang

Iklan
Mohamad Ali (tengah) ketika sidang akbar berhubung sokongan 70 ahli Bersatu Tangga Batu kepada beliau di Melaka pada Rabu.

MELAKA - Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan cemerlang.

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada ramai ahli Perikatan Nasional (PN) mula kembali kepada UMNO dan BN sebelum kempen PRN Melaka lagi.

Iklan
Iklan

"Saya yakin BN akan memenangi pilihan raya dengan cukup cemerlang.

"UMNO memang dari dahulu mengamalkan sikap terbuka. Kami masih lagi beri peluang kepada rakan-rakan yang berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk kembali ke UMNO.

Iklan

"Mereka tidak pernah menjadi ahli UMNO, boleh datang kepada kita sebab parti ini memperjuangkan nasib Islam dan Melayu,” katanya ketika sidang akhbar berhubung sokongan 70 ahli Bersatu Tangga Batu kepada Mohamad Ali di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai kemasukan ahli Bersatu tersebut, Mohamad Ali berkata, perkara tersebut bukanlah dirancang tetapi dilakukan secara sukarela.

Iklan

"Saya sebagai Ketua UMNO Bahagian menerima mereka. Kita terima bulat-bulat dan tidak ada halangan.

"Saya baru tahu perkara ini semalam. Ada orang beritahu yang Bersatu nak mengadakan perjumpaan untuk isytihar keluar Bersatu dan menyertai UMNO," kata beliau.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my