Langgar SOP: YB Pekan sentiasa dalam perhatian saya - Khairy
Iklan
Khairy Jamaluddin menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau sentiasa memantau prosedur operasi standard (SOP) terutamanya sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung.
Bahkan, katanya, kempen daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut berada dalam pemerhatiannya.
Iklan
Iklan
"Sudah pasti Yang Berhormat Pekan (Najib) ada dalam perhatian saya sentiasa setiap hari dan saya akan maklumkan kepada pihak penguatkuasa,” katanya.
Isu tersebut dibangkitkan RSN Rayer (PH - Jelutong) yang merujuk kepada rakaman video memaparkan Najib menurunkan tandatangan pada sebuah motosikal ketika berada di Melaka.
Iklan
Menurut Rayer, insiden itu bukanlah kali pertama Najib dirakamkan melanggar SOP semasa berada di Melaka.
"Saya akan hantarkan video itu kepada Menteri, minta tindakan diambil. Kompaun maksimum RM50,000 kepada YB Pekan,” kata Rayer.
Iklan
"Ya, malu apa bossku,” jawab Khairy ringkas sebelum meneruskan penggulungan Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan tiada aktiviti perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam dua program berasingan melibatkan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Sebaliknya, siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mendapati, aktiviti kedua-dua pemimpin itu lebih berbentuk ‘walkabout’.
Bagaimanapun, menurut KKM, kedua-dua penganjur program tetap dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ini berikutan kegagalan penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>