PRN Melaka: 11 peratus keluar mengundi awal setakat 9 pagi

Iklan
Pengundi awal selesai membuang undi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada pagi Selasa.

MELAKA - Peratusan pengundi yang telah keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat jam 9 pagi Selasa adalah 11 peratus.

Seramai 11,557 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 31 pusat pengundian awal (PPA) pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.

Sejumlah 21 PPA membabitkan 24 Dewan Undangan negeri (DUN) akan dibuka bermula jam 8 pagi dan akan ditutup 2 petang.

Iklan

Manakala bagi 10 PPA lagi akan ditutup jam 5.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN:PRN Melaka: Pengundian awal bermula jam 8 pagi

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:PRN Melaka: 11,557 mengundi awal hari ini

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my