STEM didik pelajar penjagaan kesihatan

Iklan
Sesi perkongsian pengalaman pelajar-pelajar pada Majlis Anugerah Program STEM sempena Hari Sukan Negara 2021.

SHAH ALAM - Program empowerNCER Akademik Kedah dan Perlis telah melaksanakan Projek Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik atau STEM – Fitness Hero Challenge 2021 sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung pada 9 Oktober lalu.

Mengguna pakai kaedah suntingan video sebagai projek akhir, program itu melibatkan 13 buah kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kuala Muda, Yan, Kulim dan Bandar Baharu serta seluruh negeri Perlis.

Iklan
Iklan

Objektif program itu untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana program kesihatan mampu diterapkan ke dalam subjek STEM.

Dua siri webinar telah berlangsung pada 9 Oktober lalu iaitu dalam siri pertama, pelajar didedahkan dengan pengenalan program STEM dan bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam penjagaan kesihatan, manakala dalam siri kedua, pelajar diterangkan teknik suntingan video, penggunaan konsep papan cerita dan cadangan aplikasi telefon yang bersesuaian untuk suntingan.

Iklan

Majlis Anugerah Program STEM ini diadakan sebagai majlis penutup dan pelbagai kreativiti dipertontonkan dalam hasil akhir pelajar di laman sosial YouTube.

Antara pemenang projek STEM adalah kategori Video Paling popular yang mendapat jumlah likes sebanyak 800 iaitu Swagg Partners dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan, Kota Setar dan video terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Power Rangers dari SMK Sungai Tiang, Pendang.

Iklan

Program empower NCER Akademik ini merupakan inisiatif pembangunan modal insan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Yayasan Petronas sebagai penaja dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai penyedia perkhidmatan.