Kesihatan Osman Sapian semakin baik: Anak
Iklan
Osman.
JOHOR BAHRU - Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian semakin baik pada Sabtu selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor akibat serangan strok ringan bulan lepas.
Anaknya, Nornekman berkata, Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas masih dalam pemerhatian rapi dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.
Iklan
Iklan
"Keadaan semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif. Beliau masih di HPUPM dalam pemerhatian rapi.
"Sudah dua minggu beliau berada di wad biasa, bagaimanapun hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat. Terima kasih di atas ingatan dan doa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Iklan
Rabu lepas, Speaker Dewan Undangan Negeri Suhaizan Kaiat dilaporkan berkata, pihaknya belum menerima sebarang surat sama ada Osman akan hadir atau tidak ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijadual bermula 18 November ini.
Pada 13 Oktober lepas, Osman yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok ringan.
Iklan
Osman, 70, dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.
Beliau adalah menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 hingga 8 April 2019. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PN optimis peratusan keluar mengundi tinggi" /><meta itemprop="description" content="Calon PN optimis peratusan keluar mengundi tinggi
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu #KKB #KhairulAzhariSaut" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-11T02:50:28.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WHHG-1cFjpqhMX65K/x120" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8yc1fi" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8yc1fi"></script>