Najib beramah mesra bersama penduduk Kampung Balik Batu
Iklan
MASJID TANAH - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkesempatan beramah mesra bersama penduduk Kampung Balik Batu di sini pada Jumaat.
Ahli Parlimen Pekan itu tiba di warung d' Ambang Sore, Batu Tenggek di sini kira-kira jam 5 petang sebelum dihidangkan dengan lempeng kelapa bersama sambal pencicah sebagai kudapan minum petang.