Felda sasar urus aset Waqaf Felda RM500 juta

Iklan
Waqaf Felda akan dilaksanakan menggunakan konsep wakaf korporat dengan memperuntukkan dana sumbangan pewakaf untuk dilaburkan dalam pelbagai bentuk perniagaan.

KUALA LUMPUR - Felda menyasarkan untuk menguruskan aset bernilai RM500 juta menerusi Waqaf Felda yang baru dilancarkan, menjelang tahun 2030.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, buat permulaan, Felda akan menyalurkan dana sebanyak RM10 juta kepada Waqaf Felda.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sasaran itu mampu dicapai dengan pengurusan yang cekap dan tadbir urus yang baik.

"Waqaf Felda akan dilaksanakan menggunakan konsep wakaf korporat dengan memperuntukkan dana sumbangan pewakaf untuk dilaburkan dalam pelbagai bentuk perniagaan.

Iklan

"Ekosistem ini berupaya merangsang ekonomi Malaysia dengan penyediaan peluang perniagaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta membuka peluang-peluang pekerjaan, sekali gus mengubah landskap ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Waqaf Felda yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Menara Felda di sini pada Jumaat.

Iklan

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Mengulas lanjut, Idris berkata, Waqaf Felda akan menjadi sebahagian inisiatif dalam mewujudkan ekonomi ummah yang bergerak sebagai kuasa ketiga (third force) untuk membantu merancakkan serta memulihkan semula ekonomi negara pasca pandemik.

Beliau berkata, konsep wakaf korporat itu mampu menjadi instrumen membentuk model perniagaan lebih mampan bagi Waqaf Felda.

Menurutnya, ia sekali gus dapat memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan menerusi keuntungan yang diperolehi.

"Waqaf Felda ini juga diharap menjadi satu medan untuk memupuk semangat memberi dalam kalangan petugas, warga peneroka serta generasi baharu Felda.

"Waqaf Felda ini akan menyuburkan kesinambungan wakaf sebagai ibadah yang menstrukturkan sistem ekonomi keseluruhannya, di samping menjadi pencetus kejayaan dalam keberkatan khususnya bagi Felda, sekali gus mengembalikan kegemilangan organisasi ini," ujar beliau.