KPDNHEP sita 50 kotak ubat gigi dari China
Iklan
Antara ubat gigi yang didapati tidak sah yang dirampas menerusi serbuan dijalankan KPDNHEP Shah Alam dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mematahkan cubaan membawa masuk 50 kotak mengandungi ubat gigi tidak sah bernilai RM35,000 dalam sebuah kontena yang dipercayai dari China di Pelabuhan Klang pada Khamis.
Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan wujudnya perlakuan pelanggaran cap dagang.
Iklan
Iklan
"Aduan diterima daripada wakil pemilik cap dagang bagi sebuah cap dagangan/ jenama popular bagi item ubat gigi.
"Susulan aduan tersebut, satu tindakan serbuan secara kerjasama strategik telah dilaksanakan antara KPDNHEP Shah Alam, Selangor dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia memeriksa sebuah kontena dipercayai dari Pelabuhan Ningbo, China," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Menurut beliau, kontena tersebut didapati dimuatkan sejumlah barangan yang disyaki melakukan pelanggaran cap dagangan terlibat.
"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 50 kotak yang mengandungi 72 unit ubat gigi dengan jenama terlibat dan berada dalam kontena yang diperiksa dalam serbuan.
Iklan
"Jenama tersebut disyaki menyerupai atau hampir serupa dengan satu cap dagangan berdaftar/ sah yang dimiliki oleh sebuah syarikat terkenal serta disyaki kemungkinan berlaku kesilapan ejaan melibatkan cap dagangan asal (berdaftar/ sah) tersebut," katanya.
Beliau menjelaskan, kesemua barangan jenis ubat gigi jenama tersebut telah disita untuk siasatan lanjut oleh pihak KPDNHEP Shah Alam di bawah peruntukan Seksyen 99 (1) Akta Cap Dagangan 2019.
"Mana-mana individu atau pihak diingatkan agar lebih bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti perniagaan sama ada secara dalam talian mahupun fizikal terutamanya melibatkan kualiti dan keselamatan pengguna," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>