Cubaan seludup cecair, kartrij vape ke negara jiran gagal

Iklan
Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa menggagalkan cubaan menyeludup cecair dan kartrij vape ke negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Pasir, Tumpat pada Rabu.

TUMPAT - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menggagalkan cubaan menyeludup cecair dan kartrij vape ke negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Pasir, di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan bernilai RM106,000 itu dilakukan menerusi rondaan rutin yang dilakukan oleh pasukan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Semasa melakukan rondaan, anggota PGA telah terserempak dengan sekumpulan lelaki yang sedang memunggah kotak-kotak tersebut untuk diseludup ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, sejurus menyedari kehadiran anggota PGA kumpulan lelaki itu terus bertindak melarikan diri menggunakan perahu ke negara jiran.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi telah menjumpai kotak-kotak yang mengandungi cecair dan kartrij vape.

Nor Azizan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kotak-kotak itu di Kompeni Taktikal Kuala Jambu telah menemui 722 botol cecair dan 2,460 kartrij vape.

Iklan

Menurutnya, kesemua rampasan itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Racun 1952.