Kos input ternakan antara faktor pengaruhi harga ayam
Iklan
Harga ayam di pasaran turut dipengaruhi permintaan dan penawaran dalam keadaan sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan telah dibuka. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Paras harga ayam secara umumnya dipengaruhi banyak faktor termasuk kos input ternakan khususnya komponen makanan yang diimport seperti kacang soya dan jagung yang turut dipengaruhi kadar pertukaran asing serta harga pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu harga ayam di pasaran turut dipengaruhi permintaan dan penawaran dalam keadaan sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan telah dibuka.
Iklan
Iklan
"Apabila meningkatnya permintaan dari pasaran, penawaran masih lagi berada dalam fasa untuk adaptasi kepada permintaan berkenaan. Keadaan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam permintaan dan penawaran,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai usaha dan perancangan kementerian itu untuk menurunkan harga runcit ayam memandangkan harga pada masa kini agak tidak munasabah dan dikhuatiri membebankan rakyat.
Iklan
Alexander berkata, KPDNHEP sentiasa menjalankan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi memastikan kestabilan harga ayam supaya ia tidak membebankan pengusaha dan pengguna.
Sementara itu beberapa kaedah dilaksanakan antaranya pemeriksaan dan pemantauan menyeluruh lebih 1,000 pegawai pemantau harga serta 2,200 pegawai penguat kuasa di peringkat pemborong dan peruncit agar tiada aktiviti pencatutan harga, di samping kekal menjalankan perniagaan secara beretika.
Iklan
Beliau berkata, selain itu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran secara terus ke kawasan yang terlibat dengan aduan kenaikan harga, dan sesi libat urus bersama penternak dan peladang ayam diadakan.
Alexander berkata, kerajaan juga sedang meneliti cadangan antaranya kemudahan ‘soft loan’ kepada golongan penternak dan peladang ayam bagi membantu kos operasi perniagaan selain menstabilkan harga ayam di pasaran. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>