GPS akan kemuka sekurang-kurangnya 20 calon muka baharu

Iklan
Abdul Karim - Foto fail Bernama

LUNDU - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menampilkan sekurang-kurangnya 20 calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, calon muka baharu bakal terdiri daripada golongan belia dan mereka yang berpengalaman.

Iklan
Iklan

Beliau berkata senarai akhir calon akan diumum oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

"Saya sendiri berada di dalam parti dan saya tahu kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri) mana yang akan menyaksikan perubahan.

Iklan

"Sekurang-kurangnya calon muka baharu tidak kurang daripada 20 orang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ziarah belia @ Tanjung Datu 2021 pada Rabu.

Pada 24 Oktober lepas, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata gabungan itu akan bertanding di semua 82 kawasan PRN Sarawak.

Iklan

GPS terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). - Bernama