Calon PN Ayer Keroh punyai rancangan atasi banjir

Iklan
Micheal Gan - Foto 123RF

MELAKA - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam berkata, beliau akan berusaha mengatasi masalah banjir di DUN itu sekiranya diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Micheal berkata, beliau mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Apa yang boleh saya cakap, kita akan buat yang terbaik untuk selesaikan (masalah) banjir, ia memerlukan perancangan jangka panjang dan kita ada pelan, tetapi saya tak boleh berjanji (akan selesai segera),” katanya dalam kempen menerusi media sosial Facebook pada Rabu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, DUN Ayer Keroh menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Gan, penyandang kerusi tersebut, Kerk Chee Yee mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Yong Fun Juan dari Barisan Nasional (BN).

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Tarikh penamaan calon telah berlangsung pada 8 November lepas.

Iklan

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN dengan seramai 495,195 pengundi berdaftar. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my