PM adakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Iklan
Ismail Sabri. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke Indonesia selama tiga hari bermula Selasa.
Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai-pegawai kerajaan dari kementerian dan agensi berkaitan.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) di sini, pada Selasa, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo.
Lawatan rasmi itu bakal membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala yang pelbagai dan sedia kukuh antara Malaysia dengan Indonesia. Ia juga akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin meneroka peluang kerjasama dalam usaha-usaha pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.
Iklan
Kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan perkembangan penting di rantau ini dalam konteks kerjasama Asean, serta cabaran yang mampu menjejaskan keamanan, pertumbuhan dan kemakmuran serantau.
Sempena lawatan itu juga, Ismail Sabri dijadual mengadakan perjumpaan dengan komuniti perniagaan dan pemain industri utama Indonesia, Ketua-ketua Editor Indonesia, diaspora Malaysia di Indonesia serta menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara
Iklan
Beliau juga akan melawat kemudahan industri pertahanan di wilayah Bandung.
Lawatan rasmi itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan Kerajaan Malaysia dan Indonesia. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>